VAN Gaal menegaskan rawatan kansernya berjaya. -FOTO Arkib
VAN Gaal menegaskan rawatan kansernya berjaya. -FOTO Arkib
AFP

The Hague: Jurulatih bola sepak Belanda, Louis van Gaal menegaskan bahawa dia cukup cergas untuk membawa negaranya ke pusingan akhir Piala Dunia dan berkata rawatan kanser prostatnya sudah berjaya.

Van Gaal, 70, berkata, 10 hari lalu dia menerima rawatan sejak didiagnosis pada 2020 tapi masih merancang untuk memimpin pasukannya ke Piala Dunia Qatar yang akan berlangsung tujuh bulan lagi.

"Saya menjalani 25 sesi kemoterapi. Kemudian yang perlu tunggu lima atau enam bulan untuk melihat sama ada ia berjaya atau tidak. Ia berjaya," katanya.

Bekas jurulatih Ajax, Barcelona, Bayern Munich dan Manchester United turut menjalani pembedahan.

Van Gaal menguruskan Oranje antara 2000-2002 dan 2012-2014, ketika mereka meraih tempat ketiga Piala Dunia Brazil.

Dia kemudian kembali membimbing skuad kebangsaan selepas Frank de Boer meletak jawatan susulan tersingkir di peringkat 16 terbaik Euro 2020.

Belanda diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Qatar, Ecuador dan Senegal dalam undian Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2022 @ 7:43 AM