SAKA kembali menyertai latihan bersama Arsenal selepas positif Covid-19. FOTO Reuters
SAKA kembali menyertai latihan bersama Arsenal selepas positif Covid-19. FOTO Reuters
Reuters

London: Penyerang Arsenal, Bukayo Saka sudah sembuh dari virus Covid-19 dan kembali berlatih sebelum aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace minggu depan.

Saka, 20, didapati positif virus berkenaan minggu lalu ketika rehat aksi antarabangsa dan terlepas perlawanan persahabatan bersama England menentang Switzerland dan Ivory Coast.

"Bukayo berada dalam keadaan baik. Dia kembali berlatih hari ini," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Arteta turut menyokong Saka selepas penyerang itu meminta lebih perlindungan daripada pengadil ketika pergelangan kakinya berdarah berikutan semasa menang 1-0 ke atas Aston Villa dua minggu lalu.

Pengurus Villa, Steven Gerrard berkata pendekatan Villa adalah 'sebahagian daripada permainan' dan Saka, yang menjaringkan gol tunggal perlawanan, perlu menguatkan dan menerima corak fizikal liga berkenaan.

"Saya rasa Bukayo berkata bahawa dia tidak akan mengadu dan dia mahukan sedikit konsistensi dan itu sahaja.

"Satu-satunya orang yang boleh melindungi pemain ialah pengadil. Saya rasa kami perlu melindungi pemain terbaik kami dan itu di tangan pengadil," kata Arteta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 10:40 PM