ARTETA tampak kecewa selepas Arsenal gagal meneruskan rentak kemenangan. -FOTO Reuters
ARTETA tampak kecewa selepas Arsenal gagal meneruskan rentak kemenangan. -FOTO Reuters
Agensi

London: Mikel Arteta dan Martin Odegaard mengkritik keputusan selepas gol Gabriel Martinelli dibatalkan yang menyaksikan permulaan sempurna Arsenal di tamatkan oleh Manchester United.

Arsenal menyangkakan mereka mendahului pada minit ke-12 apabila Martinelli melakukan penyudah cemerlang hasil umpanan Bukayo Saka selepas bola Christian Eriksen dirampas oleh Odegaard.

Namun gol itu dibatalkan selepas pengendali VAR Lee Mason menasihatkan pengadil Paul Tierney untuk memeriksa monitor yang mana dia memutuskan Eriksen dikasari oleh kapten Arsenal.

The Gunners kemudiannya tewas 1-3 di Old Trafford menamatkan permulaan sempurna mereka musim ini namun pengendali Arsenal, Arteta berkata ia "sukar untuk diterima."

Arteta berkata: "Ia adalah kekurangan konsistensi. Minggu lalu mereka (Aston Villa) mendapat gol apabila terdapat kesalahan ke atas Aaron (Ramsdale) tetapi ia dilakukan dengan cara yang betul dan bukan satu kesalahan.

"Kemudian ada penalti ke atas Bukayo (Saka oleh Tyrone Mings) tetapi ia dilakukan dengan betul dan bukan penalti. Hari ini ia adalah kesalahan.

"Terdapat beberapa terjahan yang kuat dan tiada kad kuning kerana orang tahu ia adalah perlawanan yang besar. Ia benar-benar sukar diterima.

Odegaard percaya dia mencabar Eriksen secara adil dan gol itu sepatutnya diterima pada perlawanan hujung minggu yang dikuasai oleh keputusan VAR yang penuh kontroversi.

"Pada pendapat saya, ia bukan satu kesalahan," kata pemain antarabangsa Norway itu. "Pengadil melihatnya dan teruskan permainan.

"Ia satu cabaran yang lembut dan untuk VAR masuk campur ia perlu jelas. Itu sudah banyak kali diperkatakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2022 @ 9:30 AM