Aksi pemain Crystal Palace, Marc Guehi (kiri) dalam saingan Liga Perdana. FOTO Reuters
Aksi pemain Crystal Palace, Marc Guehi (kiri) dalam saingan Liga Perdana. FOTO Reuters
Agensi

London: England menyenaraikan pemain pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi dalam pasukan kebangsaan buat pertama kali bagi aksi persahabatan menentang Switzerland dan Ivory Coast umum Persatuan Bolasepak England (FA).

England akan berdepan Switzerland pada 26 Mac dan Ivory Coast pada 29 Mac di Stadium Wembley.

Selepas berakhir saingan kelab musim ini, skuad kendalian Gareth Southgate akan beraksi dalam Liga Negara UEFA pada Jun di mana mereka berada dalam kumpulan bersama-sama Jerman, Itali dan Hungary.

England sudahpun layak untuk Piala Dunia 2022 dan akan menjadikan aksi persahabatan sebagai persediaan untuk kejohanan di Qatar yang bermula November depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 10:36 PM