PENGURUS England, Gareth Southgate, -FOTO AFP
PENGURUS England, Gareth Southgate, -FOTO AFP
Agensi

London: Pengurus England, Gareth Southgate perlu bersiap sedia untuk kehilangan beberapa pemain bintang dalam persediaan mereka menghadapi Euro 2024.

Skuad 23 pemain itu berkemungkinan akan menyenaraikan pemain yang akan beraksi di final Liga Juara-Juara pada 1 Jun di Wembley hanya 15 hari sebelum aksi pembukaan Kumpulan C menentang Serbia di Gelsenkirchen.

Southgate berdepan kesukaran yang sama sebelum perlawanan akhir Liga Negara-Negara sulung pada 2019, apabila tujuh pemain tiba lewat selepas Liverpool menewaskan Tottenham dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Perkara yang sama berlaku pada Euro yang lalu ketika Chelsea dan Manchester City bertanding di final Liga Juara-Juara 2021, namun Southgate menjelaskan bahawa ia adalah tugasan yang perlu dihadapi.

"Anda pasti mahu semua pemain berada bersama dalam kem tetapi itu bukan realiti kami," kata Southgate.

"Itu yang kami hadapi pada masa lalu, jadi kami tahu apa yang perlu dilakukan.

"Penting untuk mereka mendapat rehat tetapi, sudah tentu semakin lama mereka bermain, semakin sedikit yang anda boleh berikan dan ia adalah realiti.

England sudahpun mengesahkan perlawanan persahabatan pada bulan Mac menentang Brazil dan Belgium di Wembley.

Naib juara Euro 2020 itu difahamkan merancang dua lagi perlawanan persahabatan di tempat sendiri menentang lawan yang belum ditentukan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 11:09 AM