SOUTHGATE (kanan) mahu barisan pemainnya bersaing rebut tempat ke Piala Dunia. FOTO AFP
SOUTHGATE (kanan) mahu barisan pemainnya bersaing rebut tempat ke Piala Dunia. FOTO AFP
AFP

London: Pengurus England, Gareth Southgate menegaskan tiada siapa yang boleh dijamin mendapat tempat ke dalam skuad Piala Dunia begitu sahaja.

Skuad bimbingan Southgate meningkatkan persiapan mereka ke Piala Dunia dengan kemenangan 3-0 menentang Ivory Coast dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi di Wembley.

Dia melakukan 10 pertukaran berbanding ketika bertemu Switzerland Sabtu lalu untuk melihat dengan lebih dekat kemampuan pemain lain bagi memastikan tempat ke Qatar pada November.

Ollie Watkins dan Tyrone Mings, yang kedua-dua sebelum ini sukar berada dalam skuad Piala Dunia, meningkatkan peluang mereka menerusi gol ketika menentang Ivory Coast.

Watkins boleh menjadi sokongan buat Harry Kane di depan manakala Mings adalah calon untuk pertahanan tengah.

Southgate menjangkakan saingan sengit merebut tempat boleh mencetuskan keinginan tinggi buat pemain mencari tempat terakhir dalam skuad.

"Mereka semua boleh melakukannya dan bertarung sesama sendiri dan kami akan memilih mereka yang menunjukkan permainan tahap terbaik dan boleh melakukan tugas," kata Southgate.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2022 @ 10:10 PM