Pengendali Tottenham, Antonio Conte. FOTO EPA
Pengendali Tottenham, Antonio Conte. FOTO EPA
Reuters

London: Bos Tottenham Hotspur, Antonio Conte berkata kelab itu hanya memberi tumpuan kepada menandatangani pemain muda yang masih perlu menimba pengalaman.

"Jika mahu berkembang cepat, untuk lebih kompetitif dengan segera, kita perlu pemain yang berpengalaman kerana mereka akan berkongsi pengalaman dalam pasukan," katanya kepada Sky Sport Itali dalam satu temubual.

Conte, yang membantu kelab Serie A, Inter Milan memenangi kejuaraan tahun lalu dan memecah rekod sembilan gelaran berturut-turut Juventus berkata Spurs keluar daripada angka jendela perpindahan Januari dengan sangat lemah.

"Apa yang berlaku pada Januari adalah bukan sesuatu yang mudah. Empat pemain pergi, empat pemain penting untuk Tottenham, dan dua sudah tiba. Jadi dari segi angka, sekalipun untuk menjadi lebih kuat, atas kertas sebaliknya lebih lemah."

Spurs menyenaraikan pemain tengah Tanguy Ndombele, Bryan Gil dan Giovani Lo Celso sebagai pemain pinjaman ke Olympique Lyonnais, Valencia, dan Villarreal, selain Dele Alli yang berpindah ke Everton.

Conte berkata menandatangani pemain tengah Dejan Kulusevski dan Rodrigo Bentancur dari Juventus adalah lebih kepada visi kelab itu.

"Bentancur dan Kulusevski adalah prospek tepat buat Tottenham kerana Tottenham mencari pemain muda, pemain yang mereka bantu berkembang dan bukan pemain yang sudah bersedia."

Tottenham berada di tempat ke lapan dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan 36 mata selepas 22 perlawanan. Mereka akan berdepan pendahulu liga, Manchester City hujung minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Februari 2022 @ 8:39 AM