Reaksi penyerang Manchester United, Edinson Cavani (kanan) selepas tewas dalam salah satu perlawanan Liga Perdana. FOTO EPA
Reaksi penyerang Manchester United, Edinson Cavani (kanan) selepas tewas dalam salah satu perlawanan Liga Perdana. FOTO EPA
Agensi

London: Edinson Cavani dijangka diberikan peluang menyempurnakan perpindahan impiannya untuk beraksi di Amerika Selatan.

Penyerang kebangsaan Uruguay itu berterima kasih diatas usaha yang dilakukan Manchester City untuk mendapatkan Julian Alvarez di River Plate.

Kelab gergasi Amerika Selatan itu merancang untuk menawarkan Cavani kontrak dua tahun pada penghujung musim ini bagi menggantikan Alvarez.

Kelab Argentina itu dijangka tidak berdepan masalah memenuhi tuntutan gaji Cavani iaitu £250,000 (RM1.4 juta) mingguan sekali gus bakal menyaksikan pemain itu meninggalkan Old Trafford selepas 18 bulan menjadi tonggak penting pasukan.

City bakal menyempurnakan perpindahan pemain mencuri tumpuan Alvarez yang turut diminati United selain menyebabkan River memerlukan penyerang baharu bagi musim depan.

Pep Guardiola sudah mencapai persetujuan untuk membolehkan pemain berusia 21 kekal di Argentina untuk baki musim ini.

Namun apabila dia berpindah ke Liga Perdana Inggeris, Cavani dijangka menghala ke arah bertentangan untuk mengakhiri musim pendek namun memberi impak besar di United.

Cavani sebenarnya mahu kembali ke Amerika Selatan pada musim panas sebelum memilih untuk kekal di Manchester untuk 12 bulan lagi.

River dilaporkan membuat permohonan secara pinjaman pada bulan ini sama seperti Barcelona sementara Boca Juniors turut mengemukakan tawaran mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 January 2022 @ 2:35 PM