KEMENANGAN Argentina diraikan jutaan rakyat. -\sFOTO EPA
KEMENANGAN Argentina diraikan jutaan rakyat. -\sFOTO EPA
AFP

Buenos Aires: Menonton ikon bola sepak Lionel Messi memberi inspirasi kejayaan Argentina di Piala Dunia seperti menjadikan masalah ekonomi yang melanda negara itu 'berbaloi' menurut peminat.

Bunga api mewarnai langit, hon kereta dibunyikan dan peminat memakai pakaian warna biru, putih menyanyi, menari dan mengibarkan bendera.

Dianggarkan dua juta penunduk berkumpul di bangunan ikonik Obelisk di tengah Buenos Aires ketika pesta itu berlangsung sehingga ke malam di River Plate.

Messi meledakkan dua gol ketika menentang Perancis dalam perlawanan yang berakhir 3-3 selepas masa tambahan dengan Kylian Mbappe meledakkan hatrik untuk penyandang juara.

Messi turut menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti dengan penjaga gol Emiliano Martinez menyelamatkan satu penalti sebelum Gonzalo Montiel melakukan sepakan penalti untuk membuatkan pemain dan penyokong Argentina berasa teruja.

"Ini adalah hari yang penuh bahagia untuk semua orang di sini. Hari ini giliran kami dan kegembiraan adalah milik kami," kata penyambut tetamu hotel Julio Berdun, 50.

"Saya tidak percaya, saya tidak percaya," ulang Joel Ciarallo, 31, berulang kali sebelum perlawanan akhir selesai.

Perlawanan akhir adalah sesuatu yang menyeksakan bagi ramai peminat apabila perlawanan terpaksa dianjak ke masa tambahan.

"Epik, ini epik, semua sejarah Argentina kami terpaksa menderita seperti ini," kata seorang peminat yang menonton permainan itu di skrin gergasi di taman Centenario di ibu negara.

Menonton perlawanan akhir Piala Dunia dan bermimpi tentang kemenangan menjadi sesuatu yang amat diperlukan untuk melarikan diri bagi rakyat sebuah negara yang berdepan kegawatan ekonomi selama bertahun-tahun akibat inflasi yang meningkat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 11:00 AM