PELE dilaporkan semakin sihat namun masih perlu jalani rawatan. -FOTO AFP
PELE dilaporkan semakin sihat namun masih perlu jalani rawatan. -FOTO AFP

Sao Paulo: Legenda bola sepak Brazil, Pele dibenarkan keluar daripada hospital selepas sebelum mendapatkan rawatan selepas menjalani pembedahan kerana ketumbuhan kolon namun dia masih perlu menjalani rawatan kemoterapi kata pasukan perubatannya.

Pele, 80, mendapatkan rawatan di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo sejak 31 Ogos lalu selepas tumor dikesan selepas dia menjalani rutin pemeriksaan.

Pele, menjalani pembedahan pada 4 September dan berada dalam keadaan "stabil" kata doktor.

Pihak hospital bagaimanapun tidak menggunakan perkataan 'kanser' dalam kenyataan yang dikeluarkan selain tidak memberi butiran terperinci mengenai kemoterapi yang dilalui Pele namun kebiasaannya rawatan itu dikaitkan dengan penyakit kanser.

"Saya gembira dapat pulang ke rumah," kata Pele dalam satu kenyataan di Facebook.

"Terima kasih kepada kesemua pasukan perubatan Hospital Albert Einstein, yang memudahkan saya ketika berada di sana. Terima kasih juga kepada anda semua yang dari jauh melengkapkan hidup saya dengan begitu banyak mesej menyatakan rasa sayang."

"Apabila melalui jalan yang sukar, raikan setiap langkah. Fokus kepada kegembiraan. Memang benar saya tidak lagi boleh melompat, tetapi sejak beberapa hari lalu, saya berasa lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 11:53 AM