MESSI sekarang ini tidak terikat kontrak dengan mana-mana kelab. FOTO AFP
MESSI sekarang ini tidak terikat kontrak dengan mana-mana kelab. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Laman web lucah menawarkan Barcelona sebanyak £7.25 juta (RM41.7 juta) untuk membantu kelab gergasi itu memperoleh dana bagi mengikat kontrak baru Lionel Messi.

Kontrak Messi sekarang ini secara rasmi sudah tamat, namun Barca berharap dapat mengekalkan pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali itu kekal di Camp Nou.

Peraturan kewangan dikatakan menjadi isu besar walaupun Presiden Joan Laporta berkata Peraturan Kewangan Bersih (FFP) tidak akan menjadi satu masalah.

Stripchat, iaitu syarikat kamera web lucah tersohor, bersedia untuk membantu Barcelona menyelesaikan masalah berkenaan.

Mereka sudah menghantar surat kepada Laporta dengan menawarkan dana sebanyak £7.25 juta untuk menjadi rakan kongsi strim secara langsung buat kelab berkenaan menjelang musim baru.

"Sebagai peminat setia sepak bola, saya sedar bahawa Barcelona sedang bekerja keras mencari dana untuk menawarkan kontrak baru kepada Lionel Messi.

"Sesuatu yang memalukan jika Leo (Lionel Messi), yang menjadi pemain Barcelona selama 20 tahun, berlalu pergi. Dalam usaha membantu mencari dana untuk kontraknya, saya ingin menawarkan £7.25 juta untuk menjadi rakan kongsi strim secara langsung untuk musim mendatang," jelas surat yang disampaikan kepada kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 11:24 AM