RONALDO bakal tinggalkan Juventus. FOTO AFP
RONALDO bakal tinggalkan Juventus. FOTO AFP
Agensi

London: Cristiano Ronaldo kini boleh dimiliki dengan harga hanya £25 juta (RM143.3 juta) pada musim panas ini, menurut laporan.

Juventus membayar sekitar empat kali ganda ketika mendapatkan khidmat pemenang lima kali Ballon d'Or pada 2018.

Tetapi menurut Gazzetta, Old Lady sedia melepaskan bintang mereka yang bergaji mahal itu dengan Manchester United dan Paris Saint-Germain turut menaruh minat terhadapnya.

Bekas pengarah sukan Juve, Fabio Paratici bertanggungjawab membawa CR7 ke Turin pada 2018 tetapi dia kini menyertai Spurs dan gergasi Serie A itu dikatakan tidak sanggup lagi menyimpan Ronaldo.

Juventus boleh menjimatkan sehingga £75 juta (RM429.8 juta) bayaran gaji dengan melepaskan Ronaldo pada musim panas ini dan ketua kelab sudah pun berjumpa dengan ejen Jorge Mendes bagi membincangkan perpindahan.

Walaupun berusia 36 tahun, Ronaldo masih mampu muncul penjaring prolifik kepada kelab dan negaranya.

Dia meledak 36 gol dalam 44 perlawanan bersama Juventus musim lalu walaupun skuad Andrea Pirlo menjunam ke tangga keempat.

Bintang Portugal itu juga menjaringkan lima gol dalam empat aksi buat negaranya di Euro 2020 untuk menyamai rekod jaringan terbanyak antarabangsa miliki Ali Daei dengan 109 gol.

Keseluruhannya Ronaldo meledak 101 gol dalam 133 perlawanan buat Juventus.

Dia kini boleh pulang semula ke Man United selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid.

PSG turut berminat terutamanya jika Kylian Mbappe tekad berpindah pada musim panas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 11:02 PM