Cristiano Ronaldo. FOTO AFP
Cristiano Ronaldo. FOTO AFP
Agensi

London: Cristiano Ronaldo dilaporkan bersetuju menerima pemotongan gaji £6 juta (RM34 juta) selepas kembali ke Manchester United dari Juventus, musim panas ini.

The Red Devils mengumumkan pada Jumaat mereka sudah mencapai persetujuan bersama skuad Old Lady untuk menandatangani semula pemain berusia 36 tahun dengan nilai £20 juta (RM115j) selepas bintang penyerang itu mengumumkan akan meninggalkan kelab Turin berkenaan.

Menurut laporan Daily Mail, Ronaldo dipercayai menerima gaji £500,000 (RM2.8j) mingguan di Itali, tetapi ejennya, Jorge Mendes mengurangkan permintaan gaji kepada £20j setahun, bersamaan £385,000 (RM2.2j) mingguan.

Jumlah itu menjadi Ronaldo penerima gaji paling tinggi di Man United, selepas penjaga gol David De Gea yang menerima gaji tertinggi dalam pasukan sebelum kehadiran pemain Portugal itu.

Ronaldo dilaporkan bersetuju dengan kontrak dua tahun di Old Trafford, dan dia mungkin boleh membuat penampilan semula di kelab itu ketika berdepan Newcastle United pada 11 September selepas rehat antarabangsa.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or meledak 118 gol dalam 292 penampilan buat Man United ketika kali pertama menyertai kelab Inggeris itu antara 2003 dan 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 7:30 PM