Cristiano Ronaldo. FOTO File AFP
Cristiano Ronaldo. FOTO File AFP
Agensi

CRISTIANO Ronaldo mungkin meninggalkan Juventus berikutan impak kewangan yang dihadapi kelab itu susulan pandemik Covid-19 menurut beberapa laporan.

Pemain berusia 35 tahun itu sudahpun mengurangkan £3.5 juta (RM18.7 juta) daripada gajinya untuk membantu kelabnya itu.

Tapi ketika kebimbangan Juve untuk cuba mengimbangi perbelanjaan pada musim panas ini, superstar Portugal itu mungkin menjadi mangsa korban.

Ronaldo dikatakan dibayar gaji sekitar £510,000 (RM2.7 juta) mingguan di Turin.

Menurut Il Messaggero cawangan Itali, penularan Covid-19 mungkin menjejaskan kemampuan Juventus untuk menampung perbelanjaan besar membabitkan gaji bintang mereka.

The Old Lady memerlukan sekurang-kurangnya £62.5 juta (RM334.3 juta) bagi menampung gaji pemenang lima kali Ballon d'Or yang kontraknya tamat pada 2022.

Sehingga kini, tiada respon sebaliknya buat bekas bintang Real Madrid itu.

Juventus kemungkinan besar memberikan elaun kepada Ronaldo untuk kekal sehingga tamat kontrak - dengan pembaharuan kontrak setahun maksimum yang mereka mampu dalam syarat peluang untuk melanjutkan khidmatnya di Allianz Stadium.

Juara Serie A membawa Ronaldo ke Itali dari Madrid pada 2018 ketika kelab itu mensasarkan untuk mengembalikan kejayaan Eropah di Turin.

Namun ketika Ronaldo meledak 21 gol dalam 31 penampilan liga musim lalu untuk membantu Juve sekali lagi meraih kejuaraan domestik dengan mahkota kejuaraan Liga Juara-Juara masih belum berada di pihak mereka.

Dan tempoh penggantungan bola sepak, nasib mereka dalam kejohanan pada tahun ini masih tergantung dengan ancaman wabak selepas tewas pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara ke atas Lyon, 0-1 pada bulan lalu.

Ronaldo menjalani pengasingan diri di kampung halamannya di Madeira bersama ibunya Dolores, serta teman wanita, Georgina Rodriguez dan empat anak lelakinya.

Dia meninggalkan Itali selepas rakan sepasukan Daniele Rugani disahkan positif Covid-19 kira-kira tiga minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 11:55 AM