SALAH sentiasa menghargai kedatangan Ramadan. FOTO AFP
SALAH sentiasa menghargai kedatangan Ramadan. FOTO AFP
Agensi

London: Sebagai seorang Muslim, sensasi Liverpool, Mohamed Salah sering memberikan contoh yang baik kepada umat Islam di seluruh dunia terutamanya tidak meremehkan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

Melihat kepada rekod lalu, penyerang Mesir itu tetap berpuasa ketika Piala Dunia 2018 di Russia.

Tahun lalu pula, Salah memuat naik video di instagram sedang menjalani latihan jam 2 pagi untuk menyesuaikan diri menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Malah dua tahun lalu, banyak spekulasi timbul sama ada Salah akan berpuasa ketika final Liga Juara-Juara yang menyebabkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.

"Tiada masalah jika pemain saya hendak berpuasa. Saya menghormati agama mereka. Mereka sentiasa memberikan yang terbaik sama ada sedang berpuasa atau tidak," kata Klopp.

"Apa yang saya faham, agama adalah soal peribadi. Segala-galanya berjalan dengan baik dan anda akan melihat aksinya.

"Ketika sesi latihan dia mengerah tenaganya, sesuatu yang diperlukan sehari sebelum aksi final."

Salah juga sering dilihat menghargai kedatangan Ramadan dengan menghias rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Mei 2021 @ 1:07 PM