ATALANTA lakar kemenangan ke atas Juve selepas dua dekad. FOTO AFP
ATALANTA lakar kemenangan ke atas Juve selepas dua dekad. FOTO AFP
AFP

Milan: Andrea Pirlo merindui 'sentuhan pembunuh' Cristiano Ronaldo ketika juara Itali itu tewas buat kali pertama dalam tempoh dua dekad dalam saingan liga kepada Atalanta.

Ruslan Malinovskyi menjaringkan gol lewat perlawanan bagi memastikan kemenangan memihak kepada Atalanta 1-0 untuk melonjak ke kedudukan tempat ketiga Serie A dengan penyerang Portugal itu mengalami kecederaan.

Atalanta kini dua mata di belakang AC Milan yang menghuni tempat kedua selepas menewaskan Genoa 2-1 untuk meraih kemenangan pertama di San Siro dalam tempoh dua bulan.

Juventus beraksi tanpa Ronaldo yang kini menjadi penjaring terbanyak Serie A dengan 25 gol pada kempen kali ini.

"Kami tahu ia pasti sukar menentang Atalanta," kata Pirlo.

"Ronaldo ialah pemusnah buat kami, dia biasa dengan perlawanan seperti ini, kerana dia seorang juara.

"Dia adalah pemusnah dalam kotak penalti. Hari ini kami ada peluang, kami tidak menggunakannya dan kami dihukum dengan episod ini.

Penguasaan Juve selama sembilan tahun selaku juara tampak akan berakhir berbaki sembilan perlawanan dan harapan mereka untuk ke Eropah juga berdepan ancaman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 10:15 AM