PERCUBAAN pemain PSG Moise Kean gagal menembusi gawang Leipzig. FOTO AFP
PERCUBAAN pemain PSG Moise Kean gagal menembusi gawang Leipzig. FOTO AFP
AFP

Leipzig: Masa depan jurulatih Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel kini menjadi persoalan selepas pasukan itu tewas 1-2 kepada RB Leipzig sekali gus memberi tamparan hebat kepada naib juara Liga Juara-Juara musim lalu.

Jaringan penalti Emil Forsberg pada separuh masa kedua memberi kemenangan buat Leipzig dalam Kumpulan H selepas Christopher Nkunku menyamakan kedudukan jaringan Angel di Maria.

Di Maria memberikan PSG kelebihan awal di Jerman tetapi selepas itu gagal menjaringkan penalti buat juara Perancis yang beraksi tanpa Neymar dan Kylian Mbappe kerana kecederaan serta menamatkan permainan dengan sembilan pemain selepas Idrissa Gana Gueye dan Presnel Kimpembe dibuang padang.

Ia adalah kekalahan yang memalukan buat PSG yang sebelum ini menewaskan Leipzig 3-0 di separuh akhir musim lalu di Lisbon pada Ogos.

Ketika ditanya adakah posisinya kini terancam ketika khabar angin mengatakan bahawa di tidak bersependapat dengan pengarah sukan Leonardo, Tuchel membalas "tidak."

"Mereka bertanya mengapa media Perancis selalu menulis jurulatih dalam bahawa," kata Tuchel.

"Tapi itu semua tidak mengubah tugas saya bersama staf dan pemain. Ia tidak merubah apa-apa. Itulah cara hidup jurulatih di Paris – tidak pernah cukup tapi saya tidak mempunyai masalah dengan itu."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 10:56 AM