ANGEL Di Maria menjaringkan dua gol ketika  Paris Saint-Germain menang 4-1 di Nice. FOTO EPA
ANGEL Di Maria menjaringkan dua gol ketika Paris Saint-Germain menang 4-1 di Nice. FOTO EPA
AFP

ANGEL Di Maria meledak dua gol manakala Kylian Mbappe menjaringkan gol sebaik kembali daripada kecederaan bagi membolehkan Paris Saint-Germain menang 4-1 di Nice untuk mendahului lima mata di puncak Ligue 1.

PSG dan Neymar dan pemain berpengaruh Idrissa Gueye akibat kecederaan pada rehat antarabangsa manakala Mbappe dan Edinson Cavani cukup cergas untuk diletakkan di bangku simpanan untuk kunjungan ke Cote d'Azur.

“Pada permulaan enam perlawanan yang amat sengit, bagus jika memulakannya dengan kemenangan,” kata jurulatih PSG Thomas Tuchel.

Kylian Mbappe. FOTO AFP
Kylian Mbappe. FOTO AFP

“Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Saya sungguh gembira. Kami mempunyai peluang untuk mengawal perlawanan tetapi pada permulaan separuh masa kedua kami lupa untuk menyempurnakannya.”

Tiga aksi hebat penjaga gol Walter Benitez berjaya mematahkan percubaan Presnel Kimpembe dan Abdou Diallo pada minit terawal di Allianz Arena tetapi PSG segera memecah kebuntuan.

Di Maria meluru pantas selepas hantaran pertama daripada rakan senegara dari Argentina Mauro Icardi sebelum dengan tenang berjaya melepasi Benitez di gawang Nice pada minit ke-15.

Hanya Mbappe pernah terbabit dalam lebih banyak gol di Perancis tahun ini berbanding Maria, yang menggandakan jaringannya enam minit kemudian dengan sepakan lambung dari sudut yang sukar dicapai penjaga gol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 9:19 AM