JUNE Wei tewas kepada Caljouw di pusingan kedua. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
JUNE Wei tewas kepada Caljouw di pusingan kedua. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Hasrat pemain perseorangan profesional negara, Cheam June Wei untuk mara ke suku akhir Masters Thailand tidak kesampaian apabila tewas di tangan pemain Belanda, Mark Caljouw.

June Wei gagal mengekang serangan Caljouw dan akhirnya terpaksa akur apabila tewas 7-21, 11-21 dalam pertarungan selama 30 minit.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di kejohanan Remaja Antarabangsa di Belanda 11 tahun lalu di mana June Wei muncul sebagai pemenang.

Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pemain kini terikat satu sama.

June Wei sebelum ini bergelut dengan prestasi, berdepan kesukaran dalam meneruskan kariernya sebagai pemain profesional tanpa sebarang penaja selama lima bulan.

Dia bagaimanapun mendapat talian hayat oleh bekas pemain antarabangsa, Ong Ewe Hock yang memperoleh perjanjian di bawah RedOne pada Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2024 @ 3:54 PM