KIAN Meng-Pei Jing berjaya mara ke separuh akhir Masters Indonesia sekali gus memadam kekecewaan Masters Malaysia minggu lalu apabila terkandas di pusingan pertama. FOTO NSTP
KIAN Meng-Pei Jing berjaya mara ke separuh akhir Masters Indonesia sekali gus memadam kekecewaan Masters Malaysia minggu lalu apabila terkandas di pusingan pertama. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran

NASIB beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di Masters Indonesia nyata berbeza apabila mereka berjaya menempah tiket ke separuh akhir.

Ia dicapai selepas gandingan negara itu menewaskan wakil bukan pilihan dari Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dengan keputusan straight set 21-7, 21-18 di suku akhir hari ini.

Kian Meng-Pei Jing nyata tidak berdepan masalah apabila mengungguli set pertama dan mujur dapat mengatasi tekanan di set kedua sebelum meraih kemenangan mutlak dalam perlawanan yang berlangsung selama 34 minit itu.

Minggu lalu di Masters Malaysia, Kian Meng-Pei Jing nyata kecewa apabila tersingkir seawal pusingan pertama.

Namun laluan berliku akan dihadapi mereka di separuh akhir esok apabila bakal bertemu pilihan pertama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Gandingan itu menewaskan pasangan negara yang juga pilihan keenam kejohanan, Chang Peng Soon-Goh Liu Ying 21-14, 21-13.

“Ini kali pertama kami melangkan ke separuh akhir selepas kali terakhir di Terbuka Malaysia tahun lalu.

“Untuk esok, sudah pasti kami akan berikan segala-galanya dan tidak mahu jarak mata terlalu jauh dengan pihak lawan,” kata Pei Jing.

Sementara itu, beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 28-26, 21-19 dalam tempoh 40 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 9:00 PM