AXELSEN terpaksa memberi kemenangan percuma kepada Antonsen selepas positif Covid-19. FOTO EPA
AXELSEN terpaksa memberi kemenangan percuma kepada Antonsen selepas positif Covid-19. FOTO EPA
AFP

Copenhagen: Pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen terpaksa menarik diri daripada saingan akhir Kejohanan Eropah di Kiev selepas diuji positif Covid-19.

Axelsen sepatutnya berdepan rakan senegara, Anders Antonsen namun terpaksa melepaskan kejuaraan berkenaan.

"Pilihan utama dan penyandang juara, Viktor Axelsen positif pada ujian kedua memaksanya menarik diri daripada perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Eropah 2021," jelas Persatuan Badminton Denmark.

Pemain berusia 27 tahun itu difahamkan positif pada ujian pertama selepas mengalahkan wakil Finland, Kalle Koljonen pada separuh akhir semalam dan terpaksa dikuarantin di Kiev.

"Dia akan kekal di bilik hotel untuk kuarantin selama 13 hari," jelas badan induk berkenaan.

Axelsen yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Rio berkata, keadaan kesihatannya berada pada tahap terbaik.

"Tidak ada perkara yang lebih baik kecuali berada di gelanggang berentap dalam aksi final bertemu Anders," kata Axelsen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 9:02 PM