TYSON (kiri) idola Joshua. FOTO Agensi
TYSON (kiri) idola Joshua. FOTO Agensi
Agensi

PETINJU Britain, Anthony Joshua mengakui dia menantikan penampilan semula bekas juara heavyweight dunia, Mike Tyson.

Legenda berusia 53 tahun itu mencetuskan keghairahan dalam dunia tinju apabila dikatakan mahu kembali ke gelanggang.

Kali terakhir Tyson beraksi adalah 15 tahun lalu ketika tewas di tangan Kevin McBride.

Bercakap kepada British GQ, Joshua yang juga pemegang tali pinggang IBF, WBA, WBO dan IBO berkata: "Jika dia kembali ke gelanggang, saya tidak sabar untuk menyaksikannya. Ia pasti akan menjadi tumpuan.

"Tyson adalah salah seorang petinju yang dikenali selepas muncul juara dunia heavyweight pada usia sangat muda.

"Pada pendapat saya hanya dua legenda dalam sukan tinju dikenali di seluruh dunia dan mereka adalah Muhammad Ali serta Tyson.

"Jadi daripada mana dia bermula dan di mana kedudukannya sekarang, Tyson sentiasa memberi inspirasi kepada saya.

"Dia cukup dikenali generasi seusia saya dan mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya," katanya.

.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 12:22 PM