Mike Tyson ketika menjalani latihan. FOTO Agensi
Mike Tyson ketika menjalani latihan. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Bekas juara dunia dua kali heavyweight, Tim Witherspoon yakin Mike Tyson mampu menewaskan Tyson Fury, Anthony Joshua dan Deontay Wilder.

Iron Mike kembali ke gelanggang bulan lalu selepas 15 tahun bagi perlawanan pertunjukan menentang juara dunia divsiyen empat, Roy Jones Jr.

Pada usia 54 tahun, ikon tinju itu mempamerkan aksi mengagumkan dengan jutaan yang menyaksikan perlawanan itu percaya dia sepatutnya menang sekalipun disahkan mencatat keputusan seri oleh pengadil.

Witherspoon antara yang menyaksikan pertarungan itu dan dia mengakui terkejut dengan persembahan Tyson.

Katanya: "Saya fikir jika dia berhasrat untuk kembali dan bertarung Tyson Fury atau Deontay Wilder, saya fikir dia hanya perlu beberapa perlawanan pemanas badan.

"Dia tidak boleh melakukan dengan hanya satu perlawanan. Dia memerlukan beberapa perlawanan dan bertarung dengan mereka. Jika dia melakukannya, saya fikir dia akan beraksi baik menentang Fury atau Wilder.

"Pada saya dia cukup kuat dan tepat, tetapi perlu menyesuaikan diri dengan beberapa perlawanan lagi sebelum bertarung dengan mereka ini."

Tambah Witherspoon: "Saya fikir pertarungan menarik pastinya berdepan Fury. Seperti yang saya katakan jika Mike mengikut arah itu dia memerlukan beberapa pertarungan terlebih dahulu.

"Dia kelihatan agak kaku tetapi tumbukannya bagus. Gerakannya tidak seperti Mike yang dulu, jadi beberapa perlawanan dapat membentuk kembali prestasi asal Mike.

"Mereka yang lebih muda menjalani latihan gigih dan mereka mempunyai pelbagai pendekatan, mereka lebih bertenaga.

"Mike Tyson mempunyai tumbukan yang kuat dan mempunyai keberanian untuk beraksi di dalam gelanggang sekali gus membolehkan dia mampu menewaskan lawan.

"Apa yang perlu dilakukan Mike adalah membiasakan diri dengan sparring dan tinju untuk kembali pada prestasi asal."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2020 @ 10:54 AM