KLOPP meraikan kemenangan pasukannya ke atas Bournemouth sekali gus menamatkan badi tiga kekalahan sebelum ini. FOTO REUTERS
KLOPP meraikan kemenangan pasukannya ke atas Bournemouth sekali gus menamatkan badi tiga kekalahan sebelum ini. FOTO REUTERS
Reuters

PENGURUS Liverpool, Juegen Klopp kurang senang membandingkannya dengan bekas legenda Anfield, Bill Shankly selepas pasukannya menumpaskan Bournemouth 2-1 untuk menghampiri kejuaraan Liga Perdana Ingggeris (EPL) kali pertama selepas 30 tahun.

Jaringan Mohamed Salah dan Sanio Mane memadamkan gol pembukaan Bournemouth melalui Callum Wilson tatkala Liverpool mencatat kemenangan kali ke-22 berturut-turut di tempat sendiri, memecahkan rekod yang dilakukan anak buah Shankly pada 1972.

Klopp, yang berjaya membantu Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu berkata, beliau tidak boleh dibandingkan dengan Shankly.

“Kami tidak memikirkan mengenai angka sebelum perlawanan tapi selepas perlawanan kami hanya memikirkannya hanya beberapa minit.

“Ia sangat bagus. Begitu bagus. Ia istimewa, bukan perkara biasa,” katanya.

Selepas tiga kekalahan dalam empat perlawanan untuk semua kejohanan, ia sangat jelas kembali mencatat kemenangan memberikan makna sangat besar buat Klopp.

“Hari ini adalah satu contoh. Kami harus bekerja keras. Kami bukannya genius namun kami boleh bersaing sehingga hujung musim. Selepas itu kita lihat apa yang kami akan dapat,” katanya.

Kelebihan 25 mata di puncak liga, menyaksikan Liverpool hanya dipisahkan dengan tiga kemenangan lagi untuk sah bergelar juara.

Bagaimanapun, fokus Klopp minggu depan ialah perlawanan kedua Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid namun mereka harus bangkit dari ketinggalan 0-1 untuk mara ke suku akhir.

“Tiga lagi kemenangan? Tidak saya hanya mahu fokus 100 peratus mengenai Atletico. Ia sangat mencabar, seperti mana yang kami sedari. Sudah tentu, bukan mahu bermain perlawanan bertaraf persahabatan,” katanya.

Klopp mengesahkan Jordan Henderson mempunyai peluang terbaik untuk diturunkan selepas terpaksa diketepikan pada perlawanan pertama kerana mengalami kecederaan hamstring.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2020 @ 12:58 PM