BANDAR Wuhan lengang berikutan penularan wabak koronavirus. FOTO Reuters
BANDAR Wuhan lengang berikutan penularan wabak koronavirus. FOTO Reuters
BERNAMA

BADMINTON Asia hari ini menyatakan mereka akan membuat keputusan sama ada mengekalkan Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Wuhan, China ataupun memindahkannya ke tempat lain, hujung Februari ini, berikutan wabak koronavirus.

Bagaimanapun badan induk itu dalam satu kenyataan menyatakan pada masa ini kejohanan dari 21 hingga 26 April itu yang akan memberikan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, masih lagi kekal di Wuhan.

“Badminton Asia dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan memantau secara dekat perkembangan dan situasi virus itu dengan harapan situasi itu akan menjadi lebih baik.

“Badminton Asia juga mempunyai pelan kontigensi untuk bandar lain bersedia menjadi tuan rumah kejohanan itu di dalam dan luar China,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini BWF menangguhkan kejohanan Masters Lingshui di China, yang sepatutnya berlangsung dari 25 Feb hingga 1 Mac yang juga satu kejohanan kelayakan sukan Olimpik.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 9:35 PM