AIDIEL Zacharia
AIDIEL Zacharia
Syazwan Msar


WALAUPUN baharu berusia 12 tahun, bagi pemain kacukan Malaysia-Nigeria, Aidiel Zacharia Firdaus Nelson Abdullah sudah memasang cita-cita mahu menyarung jersi kebangsaan menerusi penyertaannya di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Menjadikan pemain kebangsaan, Brendan Gan dan Matthew Davies sebagai contoh, Aidiel Zacharia mahu meningkatkan mutu permainannya supaya memenangi hati jurulatih.

Pemain dari kelab pembangunan FC Kuala Lumpur itu berkata, dia sering melihat pemain Brendan dan Matthew beraksi bersama pasukan kebangsaan dan menarik minat saya untuk bermain bersama negara jika diberi kesempatan nanti,” katanya ketika ditemui Arena Metro.

Sementara itu, ibu Aidiel Zacharia, Zaliza Mohamad, 49, berkata, walaupun tiada dalam kalangan keluarganya yang menunjukkan minat terhadap bola sepak, namun anak keempatnya itu tiada masalah mempamerkan aksi terbaik dan mengikut segala perancangan jurulatih.

“Anak-anak saya memang aktif dalam bidang sukan, namun hanya Aidiel yang cenderung dalam sukan bola sepak. Sebab itulah kami menyokong minatnya dan dia sudah terbabit dengan NFDP selama tiga tahun.

“Pada Ogos lalu, kami mendapat panggilan daripada AMD dan pihak mereka mengucapkan tahniah kerana Aidiel dipilih ke AMD. Jadi, kami rela melepaskannya supaya dia dapat mengejar cita-citanya menjadi pemain bola sepak

Aidiel Zacharia adalah pemain berdarah kacukan pertama yang dipanggil menyertai AMD selepas pasukan pemantau tertarik dengan aksinya ketika menyertai kelab pembangunan FC Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Disember 2019 @ 5:00 AM