Alli mengakui skuadnya tidak endah nasihat pengurus. FOTO REUTERS
Alli mengakui skuadnya tidak endah nasihat pengurus. FOTO REUTERS
Agensi

JOSE Mourinho mengakui Tottenham cepat berpuashati selepas kepulangannya semula ke Manchester United menyaksikannya mengalami kekalahan di Old Trafford.

Malah, rakan sepasukan Dele Alli menuduh rakan sepasukannya sebagai ‘sombong'.

Mourinho memberitahu pemainnya agar tidak terpedaya dengan prestasi buruk dipamer United selepas kelab lamanya itu gagal menewaskan Bournemouth, Sheffield United dan Aston Villa sejak beberapa minggu lalu.

Selepas menjaringkan gol ketika tewas 2-1 pada perlawanan, Alli mengakui mereka gagal mengikut arahan diberikan oleh pengurus mereka dan bersikap sombong.

“Kami tahu apa perlu kami lakukan,” kata Alli.

“Kami perlu menyaingi tenaga mereka. Kami tewas bukan disebabkan mereka lebih bagus daripada kami tetapi disebabkan sikap.

“Kami tidak cukup lapar dan kami perlahan setiap kali melakukan hantaran dan tewas 50-50”.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 7:04 PM