SYED Saddiq (tengah) ketika melancarkan Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan di Kuala Lumpur, malam ini. — FOTO Owee Ah Chun
SYED Saddiq (tengah) ketika melancarkan Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan di Kuala Lumpur, malam ini. — FOTO Owee Ah Chun
Azlan Muhammad Zain


KEMENTERIAN Belia dan Sukan akan memastikan pembangunan secara menyeluruh sukan elektronik dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan 2020-2025.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan dana yang diperuntukkan kerajaan akan digunakan bagi mengembang dan merancakkan industri e-Sukan.

“Kami mahu ia dinikmati secara menyeluruh termasuk di bandar dan luar bandar serta Sabah dan Sarawak. Kami tidak mahu hanya tertumpu kepada Lembah Klang,” katanya.

Beliau berharap pelan itu akan memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai hala tuju pembangunan sukan itu.

SYED Saddiq mencuba satu permainan selepas pelancaran Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan. — FOTO Owee Ah Chun
SYED Saddiq mencuba satu permainan selepas pelancaran Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan. — FOTO Owee Ah Chun

Jelas Syed Saddiq, pelan itu menekankan lima strategi utama antaranya menyediakan atlet negara bersaing di peringkat antarabangsa dan meningkatkan infrastruktur bagi mengekalkan Malaysia sebagai kuasa di Asia Tenggara.

“Pelan ini membabitkan semua pihak berkepentingan seperti pemain profesional, penggerak industri, pelabur dan agensi kerajaan,” katanya.

Kerajaan menerusi Belanjawan 2020 memperuntukkan RM20 juta bagi e-Sukan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 10:38 PM