Lionel Messi. FOTO Agensi
Lionel Messi. FOTO Agensi
Agensi

KETUA Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni yakin kaptennya Lionel Messi akan kembali bersama pasukan kebangsaan itu selepas tamat penggantungan pada November ini.

Messi dikenakan hukuman penggantungan selama tiga bulan daripada bola sepak antarabangsa pada Ogos kerana menuduh badan pentadbiran Amerika Selatan CONMEBOL terbabit dengan korupsi ketika kejohanan Copa America.

Selepas kontroversi diperintah keluar padang dalam perlawanan penentuan tempat ketiga ketika Argentina mencatat kemenangan ke atas Chile pada Julai, Messi tidak muncul ketika mengambil pingat dan pemenang lima kali Ballon d'Or kemudian mengatakan dia tidak mahu menjadi sebagai daripada mereka yang terbabit dengan korupsi, ini menunjukkan rasa kurang hormat kepada seluruh Copa.

Messi turut menyelar pegawai kejohanan berikutan kekalahan Argentina pada saingan separuh akhir kepada tuan rumah Brazil, kemudian mencadangkan pengadil dan penggunaan VAR memihak Brazil kendalian Tite ketika menentang Peru pada final, di mana the Selecao menang 3-1.

Ketua pasukan Argentina itu terlepas aksi persahabatan berdepan Chile, Mexico dan Jerman, dan dijangka menyertai pasukan pada perlawanan menentang Ecuador bulan depan.

Ditanya mengenai Messi, Scaloni berkata kepada pemberita : "Messi tiada bersama kami berikutan menjalani penggantungan.

“Sergio Aguero juga tidak ada di sini kerana perlu menyelesaikan masalahnya dan tidak menjalani latihan 100 peratus bersama kelab. Saya pasti kedua-dua mereka akan bersama kami bulan depan.

Argentina bangkit ketika mencatat keputusan seri 2-2 di gelanggang lawan menentang Jerman pada awal pagi Khamis - perlawanan yang menyaksikan barisan pemain pimpinan Scaloni menukar defisit dua gol pada separuh masa kedua.

Scaloni sudah menamakan barisan pemainnya menentang Ecuador, dengan Agustin Marchesin, Juan Foyth, German Pezzella, Walter Kannemann, Marcos Acuna, Nicolas Gonzalez, Rodrigo De Paul, Leandro Paredes, Lucas Ocampos, Lucas Alario dan Lautaro Martinez starting.

“Ideanya adalah untuk bermain dengan lebih ramai pemain serangan. Dengan pemain yang berlegar di kawasan penalti,” kata Scaloni.

“Kami percaya ini adalah cara betul. Kami mengambil keputusan memikirkan apa yang terbaik buat pasukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 4:27 PM