TEEMU Pukki (kiri) ketika Finland menentang Greece dalam kelayakan Euro 2020. FOTO EPA
TEEMU Pukki (kiri) ketika Finland menentang Greece dalam kelayakan Euro 2020. FOTO EPA
AFP

JORGINHO berkata hari ini bahawa penyerang sensasi Finland Teemu Pukki akan menjadi senjata ampuh tuan rumah ketika Itali berhasrat mempertahankan permulaan sempurna pada aksi kelayakan Euro 2020 di Tampere.

Penyerang Norwich City Pukki menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris dan pemain berusia 29 tahun itu turut meledak empat daripada tujuh gol pasukan negaranya, termasuk gol kemenangan ke atas Greece awal pagi Jumaat ketika Finland mengintai di belakang pendahulu Kumpulan J, Itali.

Skuad Azzurri kendalian Roberto Mancini mengumpul 15 mata maksimum, tiga mata berbanding pasukan tuan rumah itu selepas menang kelima-lima perlawanan, menjaringkan 16 gol dan bolos dua kali.

“Dia pemain paling penting buat mereka tetapi kami perlu risaukan semua pemain, bukan dia saja,” kata pemain tengah Itali Jorginho yang juga beraksi bersama kelab England, Chelsea.

“Pukki mempunyai segala-galanya yang menjadikannya penyerang sempurna. Dia berlari pada masa yang tepat, tahu bagaimana kedudukannya dalam permainan, berlari pantas, mengasak lawan dan tidak pernah berhenti bergerak.

“Dia mengawal bola, boleh membantu jaringan, dia benar-benar berbahaya.”

Finland hanya menang sekali daripada 14 pertemuan mereka dengan Itali dan berharap dapat mara ke Kejuaraan Eropah buat kali pertama.

“Mereka memiliki kondisi fizikal yang lebih baik berbanding kami, tidak pernah bolos di sini, juga pasukan yang mantap dan padu,” kata Mancini.

“Ia pastinya amat sukar dan mencabar tetapi kami datangke sini untuk menang.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 9:21 AM