BARELLA terbaring meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan ketika menentang Finland di Stadium Friuli, Udine.  - FOTO AFP
BARELLA terbaring meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan ketika menentang Finland di Stadium Friuli, Udine. - FOTO AFP
Reuters

PEMAIN tengah Nicolo Barella dan penyerang Moise Kean menjaringkan gol pertama antarabangsa mereka ketika Itali menewaskan Finland 2-0 dalam aksi pembukaan kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Barella, 22, memberikan Itali permulaan sempurna dalam Kumpulan J dengan rembatan terkena pertahanan lawan pada minit ke-7 dan Kean pemain pertama lahir selepas tahun 2000 yang beraksi untuk Itali menambah gol kedua pada minit ke-74.

Kemenangan itu yang pertama buat Azzurri di tempat sendiri sejak menewaskan Israel dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada September 2017 sekali gus permulaan positif bagi melupakan kekecewaan gagal mara ke Piala Dunia tahun lalu. t

"Perlawanan ini tidak mudah, mereka bertahan hampir keseluruhan perlawanan dengan lima pemain di belakang,” kata jurulatih Itali, Roberto Mancini.

"Kami melakukan kesilapan pada babak pertama tetapi bertambah baik di separuh masa kedua.

“Selain pemain muda yang menyinar, penyerang Sampdoria Fabio Quagliarella berusia 36 tahun yang muncul penjaring terbanyak Serie A musim lalu dibawa masuk pada babak kedua untuk aksi antarabangsa pertamanya sejak 2010.

“Dia hampir menjaringkan gol namun dihampakan penjaga gol Lukas Hradecky dan terkena palang. Malam hebat bagi kami," he said.

Gawang Finland mula bocor apabila bola yang cuba dikeluarkan dari kawasan kotak penalti singgah di kaki Barella yang merembat kencang dan terkena pertahanan lawan sebelum menewaskan Hradecky. Itali hampir dikejutkan pada minit ke-65 apabila rembatan Teemu Pukki yang mendapat hantaran Robin Lod dari sebelah kanan sedikit tersasar.

Selepas beberapa kali terlepas peluang, Itali akhirnya mendapat gol kedua apabila Ciro Immobile berjaya melepasi kawalan pemain lawan dan melorongkan bola kepada Kean dalam kotak penalti dan pemain berusia 19 tahun itu tenang menewaskan Hradecky.

Dalam kumpulan lain, Bosnia menewaskan Armenia 2-1 di Sarajevo dan Greece menang 2-0 ke atas Liechtenstein.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 7:32 AM