FEDERER kembali memeriahkan Wimbledon. FOTO/AFP
FEDERER kembali memeriahkan Wimbledon. FOTO/AFP
AFP

NOVAK Djokovic, Roger Federer dan Rafael Nadal bakal mengukuhkan cengkaman mereka di Wimbledon ketika lawan lain dilihat sukar mencabar untuk menyingkirkan kelompok bintang kelas A itu.

Pemain nombor satu dunia Djokovic adalah juara bertahan dan memburu gelaran kelima di Kelab Seluruh England itu.

Federer yang naik sebagai pilihan kedua kejohanan mampu menjulang gelaran kesembilan manakala juara dua kali Nadal berhasrat mahu melengkapkan gelaran berganda Roland Garros-Wimbledon.

Setahun lalu, Djokovic melangkah ke Wimbledon dengan kariernya hampir menjunam.

Gagal mengatasi kesan pembedahan siku kanannya, pemain Serbia itu menduduki ranking ke-21, kedudukan terendahnya dalam tempoh sedekad.

Namun dua minggu kemudian Djokovic menjulang gelaran 2018 sebagai tambahan kepada gelaran pada 2011, 2014 dan 2015, menjadikannya pemain pilihan terendah muncul juara Wimbledon selepas Andre Agassi pada 1992.

Sejak itu, dia kembali bertenanga, menjulang gelaran Terbuka AS ketiga dan Terbuka Australia buat kali ketujuh.

Satu-satunya kegagalannya adalah tersingkir di tangan Dominic Thiem pada separuh akhir di Roland Garros, yang menyebabkan percubaannya menjadi pemain kedua menjulang empat gelaran Slam dua kali berakhir.

“Sebaik kembali daripada pembedahah, gagal mencapai keputusan konsisten, ia jelas sekali batu loncatan buat saya untuk menang Wimbledon tahun lalu,” kata Djokovic.

Federer sementara itu memuji pengaruh Djokovic dan Nadal, di mana ketiga-tiga mereka mengumpul 53 daripada 64 Slam.

“Saya fikir kami menjadi lebih baik disebabkan satu sama lain.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2019 @ 1:42 PM