PEMAIN Atalanta meraikan kejayaan menewaskan Genoa  di Stadium  Mapei.  - FOTO   AFP
PEMAIN Atalanta meraikan kejayaan menewaskan Genoa di Stadium Mapei. - FOTO AFP
Reuters

ATALANTA makin hampir layak kali pertama ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Genoa 2-1 di tempat sendiri sekali gus menduduki tangga ketiga Serie A, sebentar tadi.

Jaringan Musa Barrow dan Timothy Castagne pada awal babak kedua melonjakkan Atalanta ke tangga tiga selepas dua jaringan mereka pada babak pertama dibatalkan kerana offsaid.

Barrow merembat kencang selepas mendapat hantaran Marten De Roon seminit selepas babak kedua bermula dan Castagne menambah gol kedua tujuh minit kemudian dari jarak dekat.

Goran Pandev menjaringkan gol pada minit ke-89 buat Genoa yang kini menduduki tangga ke-16, empat mata di atas zon penyingkiran.

Atalanta kini memiliki 65 mata, dua mata mengatasi Inter Milan yang berkunjung ke Chievo pada awal pagi Selasa. AC Milan menentang Fiorentina di tempat lawan awal pagi esok dan AS Roma menerima kunjungan Juventus pada awal pagi Isnin. Kedua-duanya mengumpul 59 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 11:36 PM