Pemain Manchester United, Victor Lindelof (kiri) cuba menghalang penyerang City, Raheem Sterling pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
Pemain Manchester United, Victor Lindelof (kiri) cuba menghalang penyerang City, Raheem Sterling pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
AFP

London: Manchester United gagal untuk meningkatkan tekanan terhadap Ole Gunnar Solskjaer selepas seri 0-0 menentang Manchester City, sementara Miguel Almiron meledak gol ketika 20 saat permainan tatkala Newcastle menewaskan West Bromwich Albion 2-1, pagi ini.

Solskjaer berdepan pemecatan selepas United tersingkir saingan Liga Juara-Juara dengan kekalahan di Leipzig pertengahan minggu lalu.

Pengurus United terdesak memperoleh keputusan yang lebih baik dalam pertembungan tetangga Manchester untuk memenangi semula sokongan.

Tetapi, dengan Paul Pogba berada dalam senarai permulaan pasukan United terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri yang meninggalkan mereka berada di kedudukan ketujuh.

United hanya menang satu daripada empat perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan dan hanya mencatat satu kemenangan di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana musim ini.

"Ketika saya berdepan City, ia adalah persembahan terbaik kami lalui. Bukanlah keputusan yang bagus, tapi persembahan terbaik," kata Solskjaer.

"Ia adalah cabaran dari segi mental apabila ia berlaku kepada anda (tersingkir Liga Juara-Juara).

"Secara taktikal kami tahu mereka akan memberikan kami beberapa masalah namun pertahanan kami lebih baik. Kami gagal mencipta ruang sebanyak yang kami mahukan."

City kurang bernasib baik berbanding lawannya dan skuad Pep Guardiola satu tangga di belakang United dalam carta liga.

Bagaimanapun, City tidak berdepan tekanan besar apabila tidak mencatat kekalahan dalam enam perlawanan berturut-turut di semua kejohanan untuk menyamai rekod kelab.

"Perkara yang lebih penting adalah kami tidak dibolosi. Kami mempunyai beberapa peluang untuk menang tetapi perlawanan berakhir dengan seri. Kami harus lebih tajam di barisan depan." kata Guardiola.

"United sentiasa pasukan yang kuat, ini adalah Old Trafford. Ia menjadi faktor yang baik pada masa depan."

Keputusan Liga Perdana Inggeris:

Manchester United 0 Manchester City 0

Newcastle 2 (Almiron 1, Gayle 82) West Brom 1 (Furlong 50)

Wolves 0 Aston Villa 1 (El Ghazi 90-pen)

Everton 1 (Sigurdsson 22-pen) Chelsea 0

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 7:35 AM