Neville kata Solskjaer perlukan masa dan wang untuk perkuat semula United. FOTO REUTERS
Neville kata Solskjaer perlukan masa dan wang untuk perkuat semula United. FOTO REUTERS
Reuters

MANCHESTER United kini bergelut akibat perancangan buruk oleh lembaga kelab itu ketika pengurus Ole Gunnar Solskjaer memerlukan masa dan wang untuk membawa semula kelab kompetitif, kata bekas pemain pertahanan, Gary Neville.

United yang muncul kuasa utama bola sepak Inggeris sebelum ini, membuat permulaan terburuk permulaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 30 tahun.

Kelab terbabit kini berada di tangga ke-12 liga, hanya dua mata di zon penyingkiran selepas kekalahan 1-0 di Newcastle United, malam tadi.

Solskjaer adalah pengurus tetap keempat mengendalikan kelab itu sejak Sir Alex Ferguson bersara pada 2013 dengan juara Inggeris 20 kali itu melalui musim tidak menentu di bawah kendalian David Moyes, Louis van Gaal dan Jose Mourinho biarpun berbelanja mendapatkan pemain.

“United mendapat kesakitan yang mereka berhak rasai disebabkan keputusan buruk pada peringkat lembaga kelab,” kata Neville kepada Sky Sports.

“Lembaga bertanggungjawab terhadap pengambilan pemain yang buruk, pemilihan pengurus tidak tepat, bersama mereka dan berpisah dengan mereka.

“Jika anda menukar haluan sebagai lembaga pengarah setiap dua tahun, melabur sebanyak 250 juta pound (RM1.3 bilion) bersama setiap pengurus, anda sudah tentu akan berdepan masalah yang besar.”

Solskjaer yang cuba menghalang Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku meninggalkan kelab itu pada penghujung musim, cuba membina skuad itu dengan penekanan terhadap pemain muda.

Neville berkata lembaga perlu bersabar dengan apa cuba dilakukan oleh bekas rakan sepasukannya itu.

“Kelab itu menandatangani pemain pertahanan tengah Harry Maguire, pemain bek kanan back Aaron Wan-Bissaka dan pemain sayap Daniel James sebelum saingan musim EPL bermula tetapi masih perlu membawa lima atau enam pemain utama“, katanya.

“Solskjaer perlukan peluang untuk membelanjakan wang dibelanjakan seperti orang lain. Jika United dapat mendapatkan pemain dengan baik pada tiga atau empat jendela perpindahan mereka akan mendapat sesuatu.

Jika mereka mengambil pemain dengan cara tidak betul, mereka akan menderita.

“Tidak terdapat jalan pintas dan ia perlu dilakukan secara bersistematik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 4:19 PM