SOLSKJAER kini berdepan tekanan tinggi. FOTO AFP
SOLSKJAER kini berdepan tekanan tinggi. FOTO AFP
Agensi

London: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer masih percaya dirinya adalah individu paling tepat untuk mengubah nasib di Old Trafford.

Solskjaer berdepan tekanan semakin tinggi selepas skuad bimbingannya tewas kepada Istanbul Basaksehir pada saingan Liga Juara-Juara.

United akan bertemu Everton malam ini dan beberapa media melaporkan kekalahan di tangan lawan mereka itu akan menyaksikan Solskjaer kehilangan jawatannya itu.

"Jika saya tidak mempercayai diri sendiri, siapa lagi yang akan mempercayainya?," katanya.

"Saya tidak melihat kepada satu atau dua keputusan dan kemudian mengaku kalah."

Solskjaer berkata, dia sentiasa bersikap terbuka dan jujur bersama kelab selain menyatakan mereka yang pernah membimbing di Old Trafford menunjukkan kepimpinan yang tinggi.

"Harapan ke atas pemain, jurulatih dan pengurus di Man United sangat tinggi. Kami perlu mengharunginya cabaran ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2020 @ 9:39 AM