PASUKAN SMADG  muncul juara keseluruhan Kejohanan Taekwondo Kebangsaan.   - FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
PASUKAN SMADG muncul juara keseluruhan Kejohanan Taekwondo Kebangsaan. - FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli

SEKOLAH Menengah Agama (SMA) Durian Guling (SMKDG) muncul juara keseluruhan kategori sekolah menengah selepas meraih empat emas, tiga perak dan lapan gangsa pada Kejohanan Taekwondo Kebangsaan DURLING kali ke-2 di SMKDG pada 2 hingga 4 Mei lalu.

Manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 2 pula mengungguli kategori sekolah rendah selepas meraih tiga emas, tiga perak dan dua gangsa.

Kejohanan disertai enam negeri termasuk Pahang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur itu menyaksikan pasukan dari Terengganu mendominasi kejohanan dengan tujuh emas, enam perak dan 10 gangsa.

Ketua jurulatih Kelab Taekwondo Teguh, Mohamad Salihin Siew Hin Abdullah berkata, pihaknya berpuas hati dengan prestasi semua atlet yang mewakili negeri pada kejohanan itu.

"Bagi kategori sekolah rendah lelaki, semua tempat tiga terbaik diisi sekolah rendah dari Terengganu iaitu juara, SK Sultan sulaiman 1 dengan satu emas, dua perak dan empat gangsa.

SEBAHAGIAN daripada atlet sekolah rendah dan menengah yang menyertai  Kejohanan Taekwondo Kebangsaan di SMADG.
SEBAHAGIAN daripada atlet sekolah rendah dan menengah yang menyertai Kejohanan Taekwondo Kebangsaan di SMADG.

“Naib juara disandang SK Tengku Bariah dengan satu emas, satu perak dan satu gangsa dan ketiga dimenangi SK Sultan Sulaiman 2 juga pungutan pingat sama iaitu satu emas, satu perak dan satu gangsa.

"Kategori sekolah menengah lelaki juga mencatat kejayaan sama apabila SMA Wataniah Besut meraih dua emas, satu perak dan dua gangsa; naib juara SMA Durian Guling dengan dua emas, satu perak dan dua gangsa dan ketiga SMK Bukit Tunggal dengan dua emas," katanya.

Mohamad Salihin berkata, prestasi cemerlang ditunjukkan pasukan sekolah Terengganu itu hasil kerja keras dan kesungguhan semua atlet menjalani latihan dua bulan sebelum kejohanan berlangsung.

"Kejayaan berkenaan bukan sahaja meningkatkan semangat dan keyakinan atlet untuk menghadapi kejohanan lebih besar malahmenjadi landasan terbaik untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat baru yang boleh diketengahkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 5:37 PM