Solskjaer bersalaman dengan Joel (kiri) dan Avram di padang latihan di Nou Camp. FOTO Phil Duncan
Solskjaer bersalaman dengan Joel (kiri) dan Avram di padang latihan di Nou Camp. FOTO Phil Duncan
Agensi

PENYOKONG Manchester berang selepas melihat pengurus skuad itu, Ole Gunnar Solskjaer sempat berswafoto dengan pemilik bersama kelab itu, Avram Glazer.

Situasi itu berlaku ketika skuadnya bakal berdepan Barcelona pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) di Nou Camp, awal pagi esok.

United tewas 1-0 pada aksi pertama di Old Trafford.

Ia detik besar buat pengurus dari Norway itu apatah lagi stadium terbabit pernah menjadi venue dia menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk membantu United muncul juara UCL mengatasi Bayern Munich 20 tahun lalu.

Dia pula sempat berswafoto bersama Glazer dan ketua pegawai kewangan, Cliff Baty ketika skuadnya berdepan situasi genting.

Kehadiran semula Solskjaer pada Disember lalu memikat peminat kelab itu tetapi penyokong melihat pemilik terbabit sebagai musuh.

Malah, mereka tidak mengambil masa lama untuk menunjukkan rasa tidak selesa terhadap tindakan Solskjaer itu.

Keluarga Glazer melabur dalam Manchester United pada September 2003 dan meningkatkan pegangan saham dalam kelab itu sedikit demi sedikit.

Pada penghujung 2005, keluarga Glazer mengawal 98 peratus pemilikan mereka tetapi tidak pernah mendapat sokongan padu penyokong United.

Komitmen pemilik kelab itu terhadap kejayaan komersil mereka membuatkan penyokong marah kerana tidak membantu prestasi skuad dalam saingan liga.

Seorang peminat berkata: ”Saya rasa ia akan membuatnya diam”.

“Sebab #17396 mengapa Ole perlu keluar meninggalkan f*** kelab bolasepak ini,” kata seorang lagi.

Peminat ketiga berkata: “Sah, satu lagi anjing peliharaan!!!”

“Mula membenci Ole,” ujar peminat keempat.

“Kesalahan boleh dipecat,” dakwa seorang peminat lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 8:12 PM