Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman letak harga tinggi beli Manchester United. FOTO REUTERS
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman letak harga tinggi beli Manchester United. FOTO REUTERS
DM/The Sun

MANCHESTER United menerima tawaran ‘meledak’ untuk diambil alih oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman pada nilai £3.8 bilion (RM20 bilion).

Keluarga diraja Arab Saudi bernilai lebih £850 bilion (RM4.45 trilion) itu berharap dapat menarik keluarga Glazers selaku pemilik United sekarang untuk menjual kelab itu sebelum saingan baru musim depan.

Cadangan pengambilalihan itu didedahkan selepas lembaga pengarah United dilihat lebih banyak meluangkan masa di Arab Saudi, menurut akhbar The Sun.

Sumber rapat kepada keluarga Glazer mendakwa mereka tidak bersetuju menjual kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tetapi tawaran yang dibuat itu mampu menarik minat pemilik United.

Sumber kepada pemilik Amerika Syarikat itu berkata, Red Devils dibeli harga £790j (RM4.1 bilion) pada 2003.

Jika mereka bersetuju menerima tawaran Putera Mahkota Arab Saudi itu keluarga Glazers akan meraih keuntungan £2.2 bilion (RM11.6 bilion)

Mohammad Salman dikaitkan dengan pembelian United tahun lalu tetapi sumber memberitahu kelab itu tidak akan dijual kepada pemilik baru.

Apapun, pengambilalihan dijangka hanya akan berlaku sekiranya United meraih gelaran Liga Juara-Juara (EPL).

Andai Ole Gunnar Solskjaer gagal dalam saingan UCL, nilai United akan menurun malah rundingan itu tidak akan diteruskan sehingga kelayakan mereka dalam kejuaraan itu disahkan.

Membeli United menandakan hasrat keluarga diraja Arab Saudi mencabar Manchester City sebagai pasukan handalan dalam bolasepak Inggeris dan antarabangsa.

City yang dimiliki oleh keluarga diraja Abu Dhabi Sheikh Mansour mengemudi City menjadi salah satu pasukan terbaik dunia selepas membuat pelaburan besar sejak beberapa tahun lalu.

Pihak United bagaimanapun enggan mengulas lanjut rundingan mengambil alih kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 3:04 PM