PENYOKONG Man United menceroboh masuk ke padang Old Trafford yang menyebabkan perlawanan dengan Liverpool terpaksa ditangguhkan. FOTO AFP
PENYOKONG Man United menceroboh masuk ke padang Old Trafford yang menyebabkan perlawanan dengan Liverpool terpaksa ditangguhkan. FOTO AFP
AFP

London: Manchester United perlu beraksi tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh lima hari selepas aksi bertemu Liverpool yang ditangguhkan sebelum ini dijadualkan berlangsung semula pada 13 Mei.

United sepatutnya bertemu seteru utama, Liverpool, Ahad lalu tetapi perlawanan itu terpaksa ditangguhkan selepas beratus penyokong menceroboh masuk padang Old Trafford sebagai tanda protes terhadap pemilik kelab, keluarga Glazer.

Kumpulan yang melakukan protes itu berang dengan pembabitan keluarga Glazer dalam perancangan Liga Super Eropah (ESL) yang kemudiannya gagal.

Mereka merosakkan padang Old Trafford selain membakar suar dengan anggota polis berusaha menenangkan situasi di luar stadium.

Perlawanan itu kini akan berlangsung semula 13 Mei ini selepas United berkunjung ke Aston Villa pada 9 Mei dan aksi tempat sendiri bertemu Leicester, 11 Mei.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer pastinya tidak gembira dengan jadual padat itu.

"Setiap tiga baki perlawanan kami di Old Trafford, berdepan Leicester City, Liverpool dan Fulham, dijadualkan semula, dengan dua yang awal terganggu akibat penangguhan pada Ahad," kata United di laman web kelab itu.

"Perlawanan United dengan Liverpool kini akan berlangsung apda 13 Mei."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 7:52 AM