MESSI (tengah) cuba dihalang pemain Perancis, N’Golo Kante (kiri) dan Samuel Umtiti pada Piala Dunia tahun lalu. — FOTO Agensi
MESSI (tengah) cuba dihalang pemain Perancis, N’Golo Kante (kiri) dan Samuel Umtiti pada Piala Dunia tahun lalu. — FOTO Agensi
AFP

LIONEL Messi dipanggil semula dalam skuad Argentina buat kali pertama sejak Piala Dunia awal pagi tadi, menamatkan keputusannya sendiri untuk tidak bermain selama lapan bulan.

Jurulatih sementara Lionel Scaloni menamakan pemain terbaik dunia lima kali itu bagi aksi persahabatan menentang Venezuela di Madrid pada 22 Mac ini dan Maghribi di Tangier empat hari kemudian.

Bintang Barcelona berusia 31 tahun itu tidak menyarung jersi biru muda dan putih pasukan kebangsaan Argentina sejak tersingkir di tangan juara Perancis pada Piala Dunia, Jun lalu.

Seorang lagi pemain yang sudah lama menyepi, Angel Di Maria dari PSG turut dipanggil namun tiada tempat buat pemain veteran Sergio Aguero – di sebalik aksi cemerlangnya bersama Manchester City – penyerang Chelsea, Gonzalo Higuain atau Mauro Icardi dari Inter Milan.

“Piala Dunia satu kekecewaan besar buat setiap orang, apatah lagi buatnya,” kata Scaloni kepada wartawan di pusat latihan Argentina, Ezeiza di pinggir Buenos Aires.

“Kemudian pada aksi persahabatan dia menyaksikan kami bermain, dia sukakannya dan dia mahu mencuba sekali lagi dan dia diterima.”

Scaloni menyatakan “Messi lebih suka untuk datang berbanding berehat,” di sebalik jadual padat bersama kelabnya.

“Leo kini dipanggil dan kemudian kami akan lihat sama ada dia bermain satu atau dua perlawanan – atau tiada langsung. Saya tidak tahu. Keputusan itu akan saya buat kemudian.”

AGUERO (tengah) tidak dipanggil oleh Scaloni. — FOTO Agensi
AGUERO (tengah) tidak dipanggil oleh Scaloni. — FOTO Agensi

SKUAD ARGENTINA

Penjaga gol: Agustin Marchesin (Club America/MEX), Juan Musso (Udinese/ITA), Franco Armani (River Plate), Esteban Andrada (Boca Juniors)

Pertahanan: German Pezzella (Fiorentina/ITA), Gabriel Mercado (Sevilla/ESP), Juan Foyth (Tottenham/ENG), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), Walter Kannemann (Gremio/BRA), Nicolas Tagliafico (Ajax/NED), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Gonzalo Montiel (River Plate), Renzo Saravia (Racing Club), Lisandro Martinez (Defensa y Justicia)

Tengah: Leandro Paredes, Angel Di Maria (Paris Saint-Germain/FRA), Guido Rodriguez (Club America/MEX), Giovani Lo Celso (Real Betis/ESP), Manuel Lanzini (West Ham/ENG), Roberto Pereyra (Watford/ENG), Matias Zaracho (Racing Club), Ivan Marcone (Boca Juniors), Domingo Blanco (Defensa y Justicia), Rodrigo De Paul (Udinese/ITA)

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona/ESP), Gonzalo Martinez (Atlanta United/USA), Paulo Dybala (Juventus/ITA), Angel Correa (Atletico Madrid/ESP), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Dario Benedetto (Boca Juniors), Matias Suarez (River Plate)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 9:29 AM