Kapten Argentina, Lionel Messi tidak disenaraikan bagi kelayakan Piala Dunia berdepan Chile dan Colombia. FOTO AFP
Kapten Argentina, Lionel Messi tidak disenaraikan bagi kelayakan Piala Dunia berdepan Chile dan Colombia. FOTO AFP
AFP

Buenos Aires: Bintang Paris Saint-Germain, Lionel Messi, yang baru pulih daripada jangkitan Covid-19 tersisih dari skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia menentang Chile dan Colombia, dengan bekas juara dua kali itu sudahpun layak ke Qatar 2022.

Argentina akan berdepan Chile di Santiago pada 27 Januari dan Colombia di tempat sendiri pada 1 Februari ini dengan kedua-dua lawan mereka itu masih memburu tempat untuk layak di kejohanan berkenaan.

Messi mempunyai kontak rapat virus itu ketika bercuti di kampung halamannya, Rosario dekat Argentina pada Disember.

Pada 5 Januari lalu, PSG mengumumkan Messi yang menyertai mereka dari Barcelona tahun lalu, sudah kembali ke Perancis selepas diuji negatif.

Minggu ini pemenang tujuh kali Ballon d'Or dan kapten Argentina sudah kembali menjalani latihan penuh untuk kelab Perancis itu.

Dia terlepas aksi Piala Perancis berdepan Vannes dan dua perlawanan liga, seri 1-1 menentang Lyon dan kemenangan 2-0 ke atas Brest, Sabtu lalu.

Keseluruhannya, Messi terlepas 10 perlawanan liga sejak tiba di PSG pada Ogos lalu dan akan membuat penampilan pertama bagi 2022 pada Ahad ini menentang Reims.

Hanya Messi pemain Argentina yang beraksi bersama PSG tidak disenaraikan untuk pasukan kelayakan dengan pemain sayap Angel Di Maria dan pemain tengah, Leandro Paredes antara pemain yang diumumkan jurulatih, Lionel Scaloni.

Terdapat beberapa perubahan dalam senarai 27 pemain terkuat pasukan negara itu dengan Christian Romero dari Tottenham tersisih akibat kecederaan.

Hanya dua pemain dari kelab Argentina, kedua-duanya dari River Plate iaitu penjaga gol veteran, Franco Armani dan penyerang, Julian Alvarez, yang diundi dalam senarai Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Terbaik 2021 disenaraikan.

Senarai pemain skuad Argentina:

Penjaga Gol: Franco Armani (River Plate), Emiliano Martinez (Aston Villa/ENG), Juan Musso (Atalanta/ITA), Esteban Andrada (Monterrey/MEX)

Pertahanan: Nahuel Molina (Udinese/ITA), Gonzalo Montiel (Sevilla/ESP), German Pezzella (Real Betis/ESP), Nicolas Otamendi (Benfica/POR), Lisandro Martinez (Ajax/NED), Lucas Martinez Quarta (Fiorentina/ITA), Nicolas Tagliafico (Ajax/NED), Marcos Acuna (Sevilla/ESP)

Tengah: Lucas Ocampo (Sevilla/ESP), Rodrigo De Paul (Atletico Madrid/ESP), Leandro Paredes (Paris Saint-Germain/FRA), Guido Rodriguez (Real Betis/SPA), Giovanni Lo Celso (Tottenham/ENG), Alexis Mac Allister (Brighton/ENG), Emiliano Buendia (Aston Villa/ENG), Alejandro Gomez (Sevilla/ESP)

Penyerang: Nicolas Gonzalez (Fiorentina/ITA), Angel Di Maria (Paris Saint-Germain/FRA), Angel Correa (Atletico Madrid/ESP), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Julian Alvarez (River Plate), Joaquin Correa (Inter Milan/ITA)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 9:38 AM