AKSI  Jin Wei ketika menentang  Sayaka Takahashi hari ini. - FOTO Reuters
AKSI Jin Wei ketika menentang Sayaka Takahashi hari ini. - FOTO Reuters
Ferzalfie Fauzi

HASRAT untuk melihat wakil perseorangan wanita mara lebih jauh di Seluruh England kali ini tidak kesampaian apabila Goh Jin Wei dan Soniia Cheah tumpas kepada lawan masing-masing di pusingan pertama hari ini.

Jin Wei yang mara ke separuh akhir Terbuka Jerman hujung minggu lalu kalah kepada Sayaka Takahashi dari Jepun 20-22, 13-21.

Soniia pula tumpas di tangan seorang lagi wakil Jepun, Aya Ohori 15-21, 16-21. Sementara itu, beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua apabila mengalahkan Ronald Ronald-Annisa Saufika 21-16, 21-11.

Mereka akan menentang pilihan ketujuh kejohanan dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith di pusingan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 12:05 AM