AKSI Johnson di  Kelab Golf  Chapultepec,  Mexico City.  - FOTO Agensi
AKSI Johnson di Kelab Golf Chapultepec, Mexico City. - FOTO Agensi
AFP

DUSTIN Johnson menghampiri gelaran ke-20 Jelajah PGA dalam kariernya selepas mencatat lima bawah par 66 bagi mendahului Rory McIlroy dengan empat pukulan menjelang pusingan terakhir Kejuaraan WGC-Mexico.

Johnson mencatat keseluruhan 16 bawah par 197 di Kelab de Golf Chapultepec, di mana McIlroy melakukan tiga bawah par 68 bagi keseluruhan 201 mata, hari ini.

Ketinggalan tiga pukulan di belakang pendahulu ialah juara Master, Patrick Reed, Sergio Garcia dan Cameron Smith pada hari yang menyaksikan tentangan daripada Tiger Woods semakin pudar dengan persembahan buruk bogey berganda di lubang ke-15 dan 16.

Johnson memulakan pusingan dengan melakukan eagle pada par keempat di lubang kedua di mana dia membuat pukulan tee dari jarak lebih satu meter.

“Saya bermain baik,” kata pemain dari Amerika Syarikat itu. “Saya bermain sangat baik di sembilan lubang di awalnya biarpun saya terlepas beberapa birdie putt.

“Biarpun di lubang ke-10, saya sebenarnya melakukan pukulan yang baik di penamatnya. Saya cuma silap buat keputusan sedikit. Pukulan itu pergi terus ke atas dan terkena pokok di hadapan saya.

“Saya bagaimanapun tidak membiarkan perkara itu mengganggu saya kerana saya tahu ada banyak lagi lubang yang boleh saya lakukan birdie.”

McIlroy melakukan tiga birdie dan tiga bogey pada sembilan lubang awal - melakukan putt dari jarak 10 meter di lubang kesembilan untuk mencatatkan tiga birdie berturut-turut.

“Saya sudah memberi tentangan,” kata McIlroy. “Mungkin saya tidak membuat pukulan yang baik seperti mana pada beberapa hari awal tetapi saya tetap bertahan.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Februari 2019 @ 1:11 PM