Aksi Stan Wawrinka pada Kejohanan Tenis Dunia ABN AMRO World di Rotterdam, Belanda. FOTO Agensi
Aksi Stan Wawrinka pada Kejohanan Tenis Dunia ABN AMRO World di Rotterdam, Belanda. FOTO Agensi
Reuters

STAN Wawrinka dalam misi memburu gelaran pertamanya selepas menjalani dua pembedahan di bahagian lutut pada tahun 2017, menewaskan pemain di kedudukan ke-10 dari Kanada, Denis Shapovalov 6-4, 7-6(4) dalam saingan Kejohanan Tenis Dunia ABN AMRO di Rotterdam, Belanda awal pagi ini.

Kemenangan itu menyaksikan Wawrinka akan berhadapan pilihan utama kejohanan, Kei Nishikori dari Jepun di peringkat separuh akhir.

Pemain kelahiran Switzerland itu dipaksa bekerja keras sebelum memenangi set pertama dan beraksi baik pada set kedua ketika kedudukan mata begitu rapat.

"Secara fizikal saya sangat berpuas hati dan saya bergerak dan berasa lebih baik dari satu perlawanan ke perlawanan lain," kata Wawrinka.

"Perlawanan malam ini sangat sengit. Saya terpaksa bertarung sehingga detik akhir. Saya juga sedikit gementar pada akhir permainan.

“Kami mempunyai rali permainan sangat panjang. Saya menggembirakan apabila dapat berada di sini, mental dan fizikal.”

Nishikori pula semakin hampir untuk meraih gelaran keduanya tahun ini selepas menewaskan pemain Hungary, Marton Fucsovics, 6-3 6-2.

Pemain pilihan kelima dari Russia, Daniil Mendvedev menewaskan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga, 6-4, 6-2.

Dia dijadual bertemu seorang lagi pemain dari Perancis, Gael Monfils - pemain yang menewaskan Damir Dzumhur dari Bosnia, 6-1, 6-2.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 1:40 PM