PRESIDEN Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. FOTO Muhaizan Yahya
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. FOTO Muhaizan Yahya
Mohd Hafizee Mohd Arop


IPOH: Kesilapan teknikal menyebabkan majlis pelancaran jersi pasukan dan pengenalan pemain Perak 2019 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Indera Mulia pada Sabtu ini terpaksa ditukar ke Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pertukaran lokasi disebabkan pihak pengurusan stadium berkenaan sudah menandatangani perjanjian dengan pihak lain untuk menggunakan kawasan itu.

"Saya mengaku atas kesilapan saya sendiri selaku Presiden PAFA ketika mengumumkan karnival itu, saya membayangkan bahawa lokasi bersebelahan dengan Stadium Indera Mulia itu boleh kita adakan.

"Bagaimanapun, pihak pengurusan sudah pun menandatangani perjanjian dengan pihak lain untuk menggunakan kawasan itu. Jadi kita terpaksa menukar lokasi pada 26 Januari ini ke Dataran MBI.

"Saya berharap orang ramai akan hadir kerana pelbagai aktiviti disediakan sepanjang majlis berkenaan," katanya dalam sidang media di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 7:04 PM