SEORANG pemain menyepak bola di depan potret Sala sebelum aksi antara Nantes dan Nimes di Stadium Beaujoire pada 10 Februari lalu. — FOTO AFP
SEORANG pemain menyepak bola di depan potret Sala sebelum aksi antara Nantes dan Nimes di Stadium Beaujoire pada 10 Februari lalu. — FOTO AFP
AFP

KELAB Perancis, Nantes merujuk perbalahan dengan Cardiff City mengenai yuran perpindahan Emiliano Sala kepada FIFA, kata badan induk bola sepak itu, hari ini.

Kedua-dua kelab itu bertelagah mengenai pembayaran berkenaan berikutan kematian tragis pemain Argentina itu dalam kemalangan pesawat bulan lalu.

Nantes merujuk perkara itu kepada FIFA selepas pasukan dari Wales itu enggan membayar sebahagian 6 juta euro (RM27.77 juta) daripada keseluruhan 17 juta euro (RM78.69 juta) yuran perpindahan.

“Kami boleh mengesahkan petang semalam (Selasa), dakwaan daripada FC Nantes terhadap Cardiff City berkaitan perpindahan Emiliano Sala,” kata jurucakap FIFA.

“Kami sedang melihat perkara itu namun tidak ada sebarang kenyataan lanjut pada tahap ini.”

Sala terbunuh selepas kemalangan pesawat ringan dalam perjalanan dari Nantes ke Cardiff untuk menyertai kelab barunya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 12:42 AM