ANGEL Maria Villar diminta melepaskan jawatan Presiden RFEF berikutan dakwaan rasuah.
ANGEL Maria Villar diminta melepaskan jawatan Presiden RFEF berikutan dakwaan rasuah.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Sepanyol (RFEF) akan mengadakan pemilihan pada April ini, bagi melantik presiden baharu menggantikan Angel Maria Villar, yang diminta melepaskan jawatan pada Julai lalu berikutan dakwaan rasuah.

“Lembaga pengarah hari ini bersetuju untuk mengadakan pemilihan presiden baharu Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol, yang akan berlangsung pada 9 April 2018.

“Program pemilihan itu akan diterbitkan dalam beberapa hari lagi,” kata RFEF dalam satu kenyataan di laman sesawang persatuan (www.rfef.es).

Villar yang juga bekas Naib Presiden FIFA dan UEFA, menguruskan organisasi berkenaan sejak tahun 1988. Penahanannya itu turut memaksanya melepaskan jawatan dalam badan induk bola sepak Eropah dan dunia itu.

Juan Manuel Larrea menerajui sementara RFEF sejak Maria meninggalkan pejabat dan belum mengumumkan sama ada dia akan bertanding merebut jawatan berkenaan.

Luis Runiales yang juga bekas ketua persatuan bola sepak profesional kebangsaan, menyatakan hasratnya untuk bertanding, manakala laporan media Sepanyol mendedahkan bekas presiden, Valencia Manuel Llorente dan bekas penjaga gol Real Madrid, Cesar Sanchez turut berminat merebut jawatan Presiden RFEF. - REUTERS

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2018 @ 10:24 AM