RODZIAH Zainudin (kiri) bersama  Kumpulan Tri-C-Cle dari SMK Bandar Puncak Jalil yang menjadi juara Cabaran NXplorers Semenanjung Malaysia 2023.
RODZIAH Zainudin (kiri) bersama Kumpulan Tri-C-Cle dari SMK Bandar Puncak Jalil yang menjadi juara Cabaran NXplorers Semenanjung Malaysia 2023.
Lydia Saiful dan Suhaila Khairie


KUMPULAN Tri-C-Cle dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puncak Jalil (SMKBPJ) dinobatkan sebagai juara dalam Cabaran NXplorers Semenanjung Malaysia 2023.

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan JAM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SABKL).

Pemenang membawa pulang sebuah trofi dan 'mock check' serta melayakkan mereka mewakili Semenanjung Malaysia di Cabaran Shell NXplorers Malaysia peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsung pada 8 November ini.

Shell NXplorers dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah inisiatif pendidikan global yang memperkasa golongan muda dalam menjadi ejen perubahan melalui penghasilan alat, metodologi dan kemahiran bagi penyelesaian kepada masalah dunia sebenar.

Pertandingan berkenaan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) ini nyata menguji bakat pelajar.

Selain berfungsi sebagai asas bagi pelbagai inovasi dan kemajuan yang menjadi potensi besar kepada mer

eka untuk membentuk masa depan lebih cerah.

Ketua Perundangan Shell Malaysia Rodziah Zainudin berkata, sains dan kejuruteraan adalah nadi perniagaan mereka selain menjadi penyumbang penting ke arah kemajuan ekonomi serta sosial.

"Shell didorong untuk membantu membangunkan pelajar ini ke arah menjadi inovator dalam menerajui penemuan yang mampu menangani isu dunia sebenar, sekali gus memenuhi aspirasi negara untuk masa depan yang mampan.

"Kami memberi tumpuan bagi memperkasakan pelajar sekolah dan menarik minat mereka dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan automasi dengan menyediakan alat serta bimbingan yang diperlukan," katanya.

RODZIAH Zainuddin bersama panel juri menilai projek ciptaan pelajar SMK Bukit Sentosa (Automated Torrential Rain) di Cabaran NXplorers Semenanjung Malaysia 2023.
RODZIAH Zainuddin bersama panel juri menilai projek ciptaan pelajar SMK Bukit Sentosa (Automated Torrential Rain) di Cabaran NXplorers Semenanjung Malaysia 2023.

Menerusi pendekatan ini, Choong Yan Ying, Chong Zi Hao dan Chan Kit Yeong dari kumpulan Tri-C-Cle menghasilkan 'Voice Guardian' iaitu inovatif aplikasi menghubungkan perkhidmatan kecemasan dengan pantas bagi memastikan bantuan segera dihantar dalam situasi kritikal.

Chong, 16, berkata, banyak berita yang memaparkan kebimbangan masyarakat terutamanya dari aspek keselamatan.

"Idea projek ini tercetus ketika kami menjalankan beberapa kajian berkenaan isu keselamatan yang terdapat di Malaysia dan kami mendapati data yang terkumpul adalah tinggi.

"Aplikasi ini berfungsi melalui arahan daripada suara yang dapat menghantar bantuan di mana ia mampu mencipta perubahan positif kepada komuniti.

"Kami mengambil masa kira-kira tiga hingga empat bulan untuk membuat persediaan termasuk mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing bagi mendapatkan jalan penyelesaian seterusnya mencipta aplikasi berkenaan," katanya.

PELAJAR SMK Damansara Utama mempamerkan projek ciptaan (ReOilution).
PELAJAR SMK Damansara Utama mempamerkan projek ciptaan (ReOilution).

Kumpulan JAM yang terdiri daripada Areef Iman Saiful Bahri, G Sai Natth Rau dan Kaeden Kok Jin Ren pula, mencipta aplikasi Sookad yang terhasil daripada rungutan pemandu kenderaan pelajar.

Sai Natth Rau, 16, berkata, kumpulannya sepakat dengan idea berkenaan kerana isu kesesakan lalu lintas adalah perkara yang sering berlaku terutama ketika waktu hadir dan pulang dari sekolah.

"Bermula dari situ, ia menjadi titik permulaan pertama bagi kumpulan kami untuk menyertai pertandingan ini dan kami bersetuju ia adalah masalah besar di sekolah selepas berbincang dengan guru.

"Aplikasi Sookad bukan hanya bertujuan merekod kehadiran pelajar ke sekolah dengan menangkap nombor pendaftaran kereta ibu bapa malah dilengkapi dengan kamera berkuasa Artificial Intelligence (A.I.).

"Selain itu, terdapat juga ciri-ciri pemberitahuan inovatif yang mampu menyelaraskan proses rakaman kehadiran bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan menghantar pemberitahuan kepada pelajar," katanya.

RODZIAH Zainudin (tengah) bergambar bersama peserta yang mengikuti Cabaran NXplorers Semenanjung Malaysia 2023.
RODZIAH Zainudin (tengah) bergambar bersama peserta yang mengikuti Cabaran NXplorers Semenanjung Malaysia 2023.

Sementara itu, pelajar SMK Damansara Utama, Duncan Kong Hou Heen, 17, daripada kumpulan Tryhard Technicians dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga berkata, projek 'ReOilution' adalah idea bersama yang terhasil ketika Covid-19.

"Kami perasan ibu bapa kami selalu menggunakan semula minyak masak di dapur dan kurang menguruskannya dengan baik menyebabkan berlakunya cara pembuangan sisa yang salah.

"Disebabkan itu, kami mengadakan beberapa perbincangan seterusnya menghasilkan projek yang efisien dalam membantu orang awam mengatasi masalah berkenaan," katanya.

Di samping itu, Lucas Lester Thomas, 17, yang juga daripada kumpulan sama berkata, guru dan mentor termasuk ibu bapa banyak membimbing dan mendorong mereka sepanjang penghasilan projek ini.

PELAJAR SMK Aminuddin Baki mempamerkan projek ciptaan (Sookad).
PELAJAR SMK Aminuddin Baki mempamerkan projek ciptaan (Sookad).

"Kami kumpulkan cadangan dan pendapat yang diberikan mereka sebelum memulakan projek ini, kemudian kami tentukan cadangan yang terbaik dan menapisnya.

Cabaran NXplorers Semenanjung Malaysia tahun ini menyaksikan penyertaan lapan sekolah iaitu SMK Aminuddin Baki, SMK Bandar Puncak Jalil, SMK Bukit Damansara Utama, dan SMK Bukit Sentosa.

Tidak ketinggalan, SMK Putrajaya Presint 11(1); SMK Seksyen 9; SMK Taman Sri Rampai dan SMK Zon R1 Wangsa Maju.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2023 @ 7:02 AM