MAJLIS konvokesyen KUPTM melakar sejarah tersendiri.
MAJLIS konvokesyen KUPTM melakar sejarah tersendiri.
HM Digital

KOLEJ Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-6 Sabtu lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang menyaksikan seramai 1,384 graduan menerima pelbagai anugerah dalam bidang masing-masing.

Dari jumlah ini, seramai 156 adalah penerima anugerah pascasiswazah, 692 anugerah ijazah sarjana muda, 67 anugerah Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)dan 469 anugerah diploma.

Menurut Naib Canselor KUPTM, Profesor Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, Majlis Konvokesyen kali ini melakar sejarah tersendiri dengan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Doctor of Philosophy (Business Administration) kepada satu-satunya graduan sulung program itu.

Program yang memulakan pengambilan pertama pada 2018 itu kini mempunyai 34 pelajar, termasuk sembilan pelajar antarabangsa.

Beliau yang memulakan tugas sebagai Naib Canselor KUPTM pada 15 Jun lalu turut menyatakan keterujaannya menyaksikan Konvokesyen KUPTM kali ini kerana empat lagi program yang menyaksikan graduan sulung dalam program masing-masing iaitu program 'Bachelor of Education (Honours) in Teaching English as a Second Language,' 'Bachelor of Arts in 3D Animation and Digital Media (Honours),' 'Bachelor of Information Technology (Honours) in Computer Application Development' dan program 'Diploma of Accountancy.'

KEBOLEHPASARAN graduan KUPTM kini berada pada tahap 86 peratus dapat ditingkatkan kepada 95 peratus dalam masa dua tahun lagi.
KEBOLEHPASARAN graduan KUPTM kini berada pada tahap 86 peratus dapat ditingkatkan kepada 95 peratus dalam masa dua tahun lagi.

Program Ijazah Sarjana Muda KUPTM ini antara program yang mendapat sambutan hangat kerana pelajar dari lepasan diploma yang berkaitan layak mendapat pindahan kredit sehingga 50 peratus yang memberi banyak kelebihan dari segi penjimatan yuran dan masa pengajian juga menjadi lebih singkat.

Selain itu, program dalam bidang pengkomputeran yang ditawarkan juga sangat menekankan kepada pembangunan aplikasi terkini selari keperluan industri

Menurut beliau lagi, KUPTM yang dinaik taraf sebagai sebuah Kolej Universiti pada Oktober 2015 melahirkan 6,261 graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengkomputeran dan teknologi maklumat, perakaunan dan sebagainya.

Menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan termasuk mengadakan kolaborasi dengan Badan Profesional seperti Chartered Management Institute (CMI), The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) dan Chartered Institute of Management Accountant (CIMA) yang mengiktiraf dan memberi nilai tambah kepada program pengajian yang dijalankan di KUPTM, beliau yakin kebolehpasaran graduan KUPTM yang kini berada pada tahap 86 peratus dapat ditingkatkan kepada 95 peratus dalam masa dua tahun lagi.

DR Abdul Rahim
DR Abdul Rahim

KUPTM yang mendapat kelulusan penubuhan sebagai universiti dari Kementerian Pengajian Tinggi pada Februari lalu, kini dalam proses akhir untuk mendaftarkan KUPTM sebagai universiti penuh dan bakal dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2022 @ 6:17 AM